Perpustakaan SEARCCT telah mengadakan Program Jom Baca 10 Minit pada 7 Oktober 2025. Program ini telah dihadiri oleh 23 orang peserta yang terdiri dari kalangan warga SEARCCT. Program ini turut dihadiri oleh Ketua Pengarah SEARCCT, Datin Paduka Nur Ashikin Mohd Taib dan Timbalan Ketua Pengarah I, Encik Suresh Kumar a/l K. Rengasamy.
Program ini diadakan bersempena Karnival Baca Perdana 2025 di bawah anjuran Kementerian Perpaduan Negara dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia. Program ini akan berlangsung pada setiap hari Selasa sepanjang bulan Oktober 2025. Ini merupakan inisiatif bagi menggalakkan dan menyemarakkan serta memartabatkan budaya membaca selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

