Perpustakaan SEARCCT telah menganjurkan Program Jom Baca 10 Minit pada 14
Oktober 2025. Program ini telah dihadiri oleh 24 orang peserta yang terdiri dari kalangan warga SEARCCT. Program ini turut dihadiri oleh Ketua Pengarah SEARCCT, YBhg. Datin Paduka Nur Ashikin Mohd Taib dan Timbalan Ketua Pengarah II, Ambassador Kennedy Mayong Onon.
Kempen Jom Baca anjuran Kementerian Perpaduan Negara dengan kerjasama
Perpustakaan Negara Malaysia ini terus mendapat sambutan dengan penglibatan secara serentak oleh semua perpustakaan khusus guna sama yang berada di bawah naungan Perpustakaan Negara Malaysia. Semoga budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia dapat dipupuk selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.



#JomBaca10Minit #MalaysiaMembaca #KarnivalBacaPerdana2025